ASAL USUL TOMYAM

**************************
ASAL USUL TOMYAM
**************************

Salam Semuaaa... Selamat Hari Khamis Kaktee ucapkan, semoga semua sihat dan ceria selalu 

Okay, ..hari ni kita sambung blogging tentang Asal Usul Tom Yam pulak yer...

Agak-agak korang, dari mana resepi Tom Yam ni berasal dan bila bermula?
Menurut pakar sejarah (sumber rujukan PUM Cooking School), Tom Yam bermula sejak sebelum kurun ke-19 lagi, sebagai masakan keluarga DiRaja Thailand 🇹🇭️ pada ketika itu. Seterusnya Tom Yam diperkenalkan kepada rakyat jelata di bahagian tengah Thailand dan menjadi menu popular ke seluruh pelosok Thailand. Resepi tradisi asal Tom Yam mula direkodkan secara rasmi oleh pakar masakan bernama Maawm Sohm Jeen 👩‍🍳 (Raa Chaa Noopraphan) pada tahun 1890 melalui bukunya bertajuk “Tam Raa Gap Khao” (Panduan Masakan). 📚






RESEPI ASALNYA DARI TOMYAM IKAN HARUAN ? WOW !

Ya, bunyi macam pelik kan? Sebenarnya, pada awal kurun ke-19, Tom Yam Ikan Haruan (bunyi bahasai Thai : dtohm yam bplaa chaawn) adalah yang paling awal diperkenalkan dan menjadi menu pilihan utama ketika itu. Kemudian barulah bermulanya era inovasi Tom Yam sejak 1890 yang digubah dengan kepelbagaian resepinya terdiri dari Tom Yam Udang Galah, Tom Yam Makanan Laut (Seafood) dan lain-lain.


Siapa sini pernah makan Tom Yam ikan haruan🦈 ? Cer ajak rakan2 KOMEN kat ruangan bawah ni untuk kita ketahui pengalaman makan Tom Yam Ikan Haruan...Wow ! Unik ... Lain dari yang lain 😉

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KHASIAT TOMYAM MAMPU MENCEGAH KANSER

RESEPI SIPUT LALA @ SIPUT RETAK SERIBU TUMIS TOMYAM BERAPI